Sunday, 7 December 2014

Politik Tamadun Melayu

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah , akhirnya tertubuh juga blog kumpulan kami yang bertujuan untuk perbincangan politik Tamadun Melayu . Diharapkan agar blog kami boleh membantu rakan2 dalam pemahaman tentang politik Tamadun Melayu ini . Sememangnya, Malaysia yang merupakan Tanah Melayu suatu masa dahulu mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi berparlimen .

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Jika dilihat pada politik lampau, sememangnya Tanah Melayu tidak begitu maju berpolitik disebabkan oleh banyak faktor seperti kurang pendedahan terhadap pendidikan dan sebagainya . Dalam kata lain, era pemodenan itu belum sampai lagi ke Tanah Melayu . Justeru, banyak perbezaan yang terdapat melalui sistem pemerintahan pada masa dahulu dan masa kini .

Sebagai contoh, sistem demokrasi berparlimen itu sendiri merupakan kesan dari penjajahan kuasa Barat ke atas Tanah Melayu suatu ketika dahulu . Berkat usaha pemimpin2 dan wira2 negara juga , Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan bergerak seiring dengan negara2 maju yang lain .

Seterusnya, dalam usaha menambah pengetahuan dalam bidang politik ini, salah seorang dari ahli kumpulan kami yang merupakan Alumni Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan telah menghadiri satu persidangan yang bertempat di Dewan Negara . Ini memberi idea kepada kami tentang situasi sebenar yang berlaku ketika persidangan . Anda boleh merujuk buku panduan yang disertakan di bawah .